Saya adalah Executive Partner KAB Gold yang bergerak secara aktif membimbing pelanggan dan bakal pelanggan untuk menyimpan emas dengan betul. Hubungi saya untuk bantuan dan bimbingan sebaiknya.
***PENCAPAIAN***
Silver Producer Achievers – Executive Partner Leadership Masterclass 2025
Gold Producer Achievers – – Executive Partner Leadership Masterclass 2025
Dengan penuh rasa syukur dan komitmen terhadap penjenamaan yang lebih kukuh, KAB Gold dengan bangganya memperkenalkan logo baharu bersempena perjalanan kami menjelang ulang tahun ke-5 sebagai syarikat emas 100% bumiputera Muslim yang terus menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Logo baharu ini direka dengan teliti untuk mencerminkan identiti, aspirasi dan hala tuju strategik KAB Gold dalam membina masa depan industri emas yang lebih progresif dan berdaya saing.
Tanda logo yang baharu ini menunjukkan huruf ‘K’ yang diambil daripada ‘font’ logo KAB Gold dan digayakan menggunakan ‘negative space’ bagi mewakili perkataan KAB Gold.
Rekabentuknya yang ringkas juga mengambil bentuk utama yang ada pada logo Uncang Emas yang merupakan produk utama KAB Gold.
Bentuk tajam yang menghala ke atas di dalam huruf ‘K’ boleh ditafsirkan sebagai bar yang meningkat, melambangkan pertumbuhan, peningkatan nilai aset, dan trend pasaran yang positif dalam industri emas dan perak.
Bentuk-bentuk tersebut juga menyerupai kepingan jongkong emas yang disusun, secara langsung merujuk kepada perniagaan utama syarikat.
Struktur ini turut mempunyai kualiti seperti seni bina, menyerupai bumbung atau struktur bangunan, yang mengukuhkan lagi konsep “Aset” dan pembinaan kekayaan.
Logo ini bukan sekadar perubahan visual, tetapi satu penanda aras baharu bagi KAB Gold dalam memperkukuh kedudukan kami sebagai pemain industri emas dan perak yang berwibawa. Dengan identiti visual yang lebih moden, matang dan profesional, kami melangkah ke fasa tahun-tahun berikutnya dengan visi yang lebih besar serta komitmen yang semakin teguh.
Terima kasih kepada semua pelanggan, rakan niaga dan seluruh warga kerja KAB Gold atas sokongan yang tidak pernah putus.
Inilah wajah baharu KAB Gold — simbol keyakinan, kemajuan dan masa depan yang lebih gemilang.
Sumber : FB Rasmi KAB Goldynamics Sdn. Bhd.
28 November 2025
Uncang Emas? Apa itu?
Produk akaun emas untuk pelanggan jual beli emas atas talian.
Bagaimana cara pembayaran?
Pembayaran adalah melalui :
– FPX Line of Credit (Credit Card)
– Online Banking/Wallet
– Boost PayFlex
– QRIS Indonesia Online Banking
– QRIS Indonesia eWallet
– NETS Singapore
dan transaksi akan direkodkan secara serta merta.
Nota :
Selepas membeli gram emas daripada KAB Gold, para pelanggan merupakan pemilik bagi emas tersebut. Sebagai pemilik, para pelanggan mempunyai pilihan untuk sama ada melantik KAB Gold bagi menguruskan penyimpanan emas tersebut atau para pelanggan boleh mengambil jongkong emas (gold bar) melalui proses penebusan yang ditetapkan oleh KAB Gold.
Para pelanggan boleh melakukan transaksi jual beli emas melalui laman web KAB Gold setiap masa (24 jam).
Hak Cipta © Sejak 2021. Sahabat Emas Empayar.